menurut sahabat baik beliau, pada malamnya, mereka keluar bersama-sama dan arwah sempat memberitahu bahawa itulah kali terakhir mereka akan keluar bersama-sama. sahabat baik beliau merasakan kelainan pada kata-katanya namun hanya menyangkakan bahawa arwah akan balik ke kampung halaman pada minggu cuti pertengahan semester. beliau juga kelihatan banyak membeli barang makanan tidak seperti kebiasaannya. sikapnya juga pada pagi itu berlainan dari biasa kerana mandi pada awal pagi dan solat subuh bersama sahabatnya walaupun mengadu sakit pada malamnya. menurut sahabat baiknya juga, beliau pada pagi itu sakit kepala dan ada membaca bismillah dan Allahuakbar sebelum disarankan oleh sahabatnya untuk tidur bagi meringankan rasa sakit kepalanya. tidurnya itu rupa-rupanya tidur untuk selama-lamanya. status facebook beliau juga kerapkali menceritakan mengenai kerinduan terhadap keluarganya, nasihat-nasihat, kata-kata hikmah juga mengenai alam kematian dan syurga.. sepanjang saya mengenali arwah, beliau seorang yang periang, pendengar yang baik dan sangat selesa bersamanya.
kami yang mendengar mengenai berita tersebut terus bergegas untuk pergi ke hospital menemui beliau walaupun masih lagi dalam keadaan yang tidak percaya dan mengharapkan beliau masih lagi boleh diselamatkan. Berjuta terima kasih kepada sahabat yang mempunyai kereta juga sahabat yang membawa kami ke destinasi. hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik mereka. Amiin.. setibanya kami di Hospital Serdang, kami bersahabat terus mencari sahabat baik arwah dan seketika kami berkongsi kesedihan yang amat kerana masih tidak percaya akan peristiwa itu. alhamdulillah, Allah masih memberi kami kekuatan untuk menerima kenyataan itu. kemudian selesai solat Zohor, kami terus menunggu di bahagian Unit Forensik untuk menunggu jenazah arwah sebelum diterbangkan ke Bumi Kenyalang. namun dikhabarkan bahawa doktor masih lagi tidak mempunyai jawapan akan pemergiannya.
masa terus terdetik sesaat demi sesaat dan sehinggalah usai solat Asar, kami berkesempatan menemui beliau dan terus membaca surah Yasin untuk disedekahkan kepadanya. tuhan sahaja yang mengetahui perasaan kami ketika menatap wajahnya. pelbagai sesalan yang saya fikirkan kerana sepanjang semester ini memang saya akui tidak langsung terserempak malah untuk bertemu mereka berdua. kenangan bersama terus menerjah ke minda saya menyebabkan airmata tidak mampu bertahan. niat dihati memang ingin mencium pipi arwah sebelum beliau pergi namun airmata sentiasa mengalir deras.
seketika kemudian, pihak pengurusan jenazah tiba untuk memandikan serta mengkafankan. malah rakan-rakan beliau sendiri berebut-rebut untuk bersama-sama memberi penghormatan terakhir buat beliau. usai dikafankan dan disembahyangkan, hadirin yang hadir terus bersama-sama membacakan tahlil untuk arwah dan sekali lagi suasana pilu menggamit kembali. kemudian, jenazah terus dibawa ke KLIA untuk diterbangkan pada sebelah paginya ke Sarawak.
kata-kata terakhir beliau dalam facebooknya juga memberi petanda namun kita malah kami tidak langsung mengesyaki apa-apa kerana sememangnya beliau memang bijak dalam berbicara.
" Sebuah kisah perjalanan meraih hidayah Allah, kisah menjemput cahaya yang ia rindukan dari lubuk hati terdalam.... benar kata sebuah hadits, sekiranya kita berjalan ke arah Allah , maka Allah akan berlari menyambut kita. Itulah yang terjadi pada para sahabat yang tengah berusaha meraih hidayah Allah...."
al-Fatihah buat dirimu Mah... semoga sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah... WALAU JAUH DIMATA NAMUN DEKAT DIHATI...



2 comments:
al-fatihah ... rindu kat arwah .... semoga ditempat bersama orang2 yg beriman ... dirimu sentiasa dalam ingatan ..
Kenangan bersama tetap abadi dalam ingatan,,,,
Post a Comment