1.0 PENDAHULUAN
Nabi Muhammad sallahu alaihi wassalam
(s.a.w) merupakan rasul yang
terakhir yang diutuskan oleh Allah subhanahu wa ta'ala (s.w.t.) kepada umat manusia. Tanggal 12 Rabiul Awwal bersamaan 20 April
571M, lahirlah seorang bayi yang yang diutuskan untuk menjadi pesuruh
Allah. Sebagai rasul yang terakhir,
antara tugas-tugas baginda ialah menyeru umat manusia agar mentauhidkan Allah
s.w.t. baginda juga menyeru kepada
umatnya agar sentiasa melakukan kebaikan serta melarang untuk melakukan keburukan
yang ditetapkan oleh syariat Islam. Nabi
Muhammad s.a.w. diutuskan oleh Allah sebagai rasul untuk menyampaikan dakwah
islamiah dan risalah Allah yang ketika itu masyarakat berada dalam kerosakan
dan kegelapan. Dakwah Nabi Muhammad juga bukan timbul dari pemikiran manusia,
tetapi ia adalah wahyu dari Allah yang tidak mengandungi kesilapan, khayalan,
dan kesesatan walau sedikit pun. Sumber
dakwah Nabi Muhammad adalah al-Quran yang diwahyukan oleh Allah secara
berperingkat iaitu selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Firman
Allah s.w.t. dalam surah al-A’raf ayat 158 :
ö@è% $ygr'¯»t ÚZ$¨Z9$# ÎoTÎ) ãAqßu «!$# öNà6ös9Î) $·èÏHsd Ï%©!$# ¼çms9 Ûù=ãB ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur ( Iw tm»s9Î) wÎ) uqèd ¾Çósã àMÏJãur ( (#qãYÏB$t«sù «!$$Î/ Ï&Î!qßuur ÄcÓÉ<¨Y9$# ÇcÍhGW{$# Ï%©!$# ÚÆÏB÷sã «!$$Î/ ¾ÏmÏG»yJÎ=2ur çnqãèÎ7¨?$#ur öNà6¯=yès9 crßtGôgs? ÇÊÎÑÈ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai
sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya,
(di utus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu, berimanlah
kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan
Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh
hidayah petunjuk".
Islam yang tersebar luas dinihari ialah hasil usaha yang jitu daripada Nabi
Muhammad s.a.w. sebagai pembawa agama Islam kepada umatnya, yang mana telah
disebarkan juga oleh para sahabat, tabi’ dan tabi’in dan ulama selepasnya. Kejayaan yang dicapai oleh Nabi Muhammad
s.a.w. telah juga melalui pelbagai halangan dan cabaran. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan
mengenai metodologi dakwah Nabi Muhammad s.a.w. yang telah melalui dua
peringkat iaitu dakwah secara sulit atau rahsia dan dakwah secara
terang-terangan. Seterusnya akan dikupas
juga Metodologi dan bentuk yang Nabi Muhammad s.a.w. lakukan sepanjang peringkat
dakwah dijalankan. Selain itu, dibincangkan
juga mengenai hikmah-hikmah yang terdapat melalui dakwah Rasulullah s.a.w. sama
ada di Makkah ataupun Madinah.
2.0 PERINGKAT
DAKWAH NABI MUHAMMAD
2.1 Dakwah
Secara Rahsia
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencapai usia 40
tahun, Allah mengutuskan baginda sebagai pembawa berita gembira dan sebagai
pemberi amaran. Hal ini dilakukan untuk
mengalihkan manusia daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya ilmu. Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, 13
tahun sebelum Hijrah bersamaan dengan Julai 610M. Dakwah di Makkah dimulakan oleh baginda
secara rahsia. Orang pertama yang
menerima dakwah baginda ialah isteri baginda sendiri, iaitu Khadijah binti
Khuwailid dan sepupu baginda iaitu Ali bin Abu Thalib. Kemudiannya dakwah Rasulullah juga disahut
oleh Zaid bin Harithat bin Syahrabil al-Kalbi iaitu hamba yang dibebaskan oleh
Rasulullah s.a.w. Ummu Aiman yang juga
isteri kepada Zaid bin Harithat juga menyahut seruan dakwah yang disampaikan
oleh Rasulullah s.a.w. Abu Bakar bin Abu
Quhafah bin Amir bin Amru merupakan sahabat atau golongan bukan dari keluarga
baginda yang telah menyahut seruan dakwah baginda.
Pada
masa itu, penyebaran dakwah dilakukan secara rahsia, kerana bimbang berlaku
kejutan dalam kalangan orang-orang Arab sehingga mereka sukar untuk
menerimanya. Rasulullah s.a.w. hanya
akan menyeru sesiapa yang dipercayainya sahaja.
Begitu juga kepada Abu Bakar yang juga membantu baginda menyeru dakwah
Islam kepada sahabat yang dipercayainya sahaja.
Dakwah ketika di Makkah ini dimulakan di rumah baginda sendiri. Kemudian pada tahun 610 M, dakwah juga
dilakukan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam sebagaimana ini juga merupakan
pusat pengajian Islam yang pertama dalam Islam.
Antara metodologi yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. ialah Baginda
terus membaca ayat-ayat yang diwahyukan kepada Baginda dan menjelaskan maksud
ayat-ayat tersebut kepada pengikutnya supaya dapat dihayati dan difahami
sepenuhnya. Di samping itu, Baginda juga
membimbing mereka menghafal ayat-ayat tersebut serta menyuruh mereka
menulisnya. Seterusnya Baginda juga
menunjukkan kepada meraka bagaimana pula cara mengamalkan dan menghayati segala
pengajaran ayat-ayat itu. Selain itu,
Rasulullah S.A.W. juga mendidik mereka dengan rasa kasih sayang dan mesra. Namun demikian, dakwah Islam pada ketika ini adalah
secara rahsia dan berjalan selama tiga tahun.
Orang-orang Islam yang ingin melakukan ibadat akan pergi ke
lereng-lereng bukit di sekitar Makkah untuk mengerjakan solat secara
tersembunyi. Rasulullah sendiri juga
tidak menyampaikan dakwah di tempat-tempat umum kerana masih bimbangkan fahaman
kaum Quraisy yang sempit.
2.2 Dakwah
Secara Terang-Terangan
Selama tiga tahun menyebarkan dakwah Islam
secara rahsia, Allah telah menurunkan wahyu yang seterusnya untuk baginda
menyebarkan dakwah secara terang-terangan kepada orang ramai. firmanNya dalam Surah al-Hijr ayat 94 :
÷íyô¹$$sù $yJÎ/ ãtB÷sè? óÚÌôãr&ur Ç`tã tûüÏ.Îô³ßJø9$# ÇÒÍÈ
“oleh itu, sampaikanlah secara
berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah
engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”
Selepas penurunan ayat ini, Rasulullah s.a.w. mengubah
cara berdakwah secara rahsia kepada berdakwah secara terang-terangan. Ini dilakukan kerana mengikut perintah Allah
s.w.t. dan meyakini janji-Nya serta pertolongan-Nya. Lalu, baginda mendaki bukit Shafa dan menyeru
kepada semua penduduk Makkah ketika itu.
Mendengar seruan ini, apabila seseorang tidak dapat menghadirkan diri,
maka dia akan menghantar wakilnya untuk mengetahui apakah yang berlaku. Namun setelah baginda menyampaikan dakwahnya
secara terang-terangan, orang-orang Quraisy menghina dan mengejek baginda di
perhimpunan-perhimpunan mereka. Walaupun
dihina, nabi Muhammad tetap juga berdakwah kepada mereka. Oleh itu, mereka mengadakan perjumpaan dengan
bapa saudara nabi iaitu Abu Thalib dan namun jawapan yang Abu Thalib berikan
telah menghampakan pihak Quraisy walaupun beliau sendiri tidak memeluk Islam
namun beliau tetap mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w.
3.0 METODOLOGI
DAKWAH NABI MUHAMMAD DI MAKKAH
Dakwah Nabi Muhammad s.a.w bertitik tolak kepada arahan yang difahami
daripada ayat 1-5 surah al- Muddaththir di dalam al-Quran yang bermaksud:
“ Wahai orang yang berselimut, bangunlah dan
berilah peringatan, dan Tuhanmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihlah, dan
perbuatan dosa tinggallah”.
Ayat ini memberi arahan agar baginda untuk
memberi peringatan tentang hari akhirat, menyeru ke arah mentauhidkan Allah, mengagungkanNya
dan menyembahNya serta tidak menyekutukanNya (Muhammad Abu Shuhbah 1992 1: 280,
Rodziah 2002: 79). Menyedari hakikat
bahawa berdakwah tentunya memerlukan
kepada Metodologi tertentu bagi memastikan ia mudah diterima oleh orang ramai,
maka Nabi Muhammad s.a.w mengambil langkah menyesuaikan situasi semasa ketika
penyebaran dakwah itu berlaku.
Antara Metodologi yang digunakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w dalam berdakwah di Mekah ialah:
I.
Metodologi penyebaran dakwah secara sulit
Dorongan untuk menyebarkan dakwah secara sulit
pastinya terletak kepada situasi semasa dalam masyarakat Mekah ketika itu. Masyarakat Quraysh Mekah rata- ratanya
menyembah berhala yang mereka cipta sendiri.
Selain itu, ada juga segelintir daripada mereka yang menyembah jin,
malaikat dan roh orang yang sudah mati. Anutan
ini sudah diwarisi sejak turun – temurun. Anutan ini juga ternyata bertentangan sama
sekali dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menekankan
kepada mentauhidkan Allah s.w.t dan pada masa yang sama turut menafikan
sebarang bentuk penyembahan kepada makhluk lain. Melihat kepada pertentangan antara dua kepercayaan
iaitu kepercayaan yang sedang diamalkan oleh masyarakat pada masa itu dan
kepercayaan yang cuba dibawa oleh baginda, maka baginda perlu memilih langkah
bijak dan terbaik bagi mengelak berlakunya kejutan ke atas masyarakat Mekah. Selain untuk mengelak kejutan, langkah
bijaksana juga perlu diambil memandangkan penerimaan masyarakat Quraysh
terhadap dakwah yang bakal disampaikan agak sukar untuk diramalkan.
Dalam melaksanakan penyebaran dakwah secara
sulit ini, usaha baginda sudah pastinya tertumpu kepada ahli keluarga baginda
dan sahabat. Tumpuan kepada pihak ini
merupakan orang yang terdekat dengan baginda pastinya mempunyai kewajaran
tersendiri. Ini penting bagi menjamin kejayaan dakwah tersebut di masa depan.
Kepentingan boleh dilihat dari dua aspek. Aspek pertama melibatkan proses
membetulkan pegangan orang terdekat baginda terlebih dahulu sebelum membetulkan
pegangan akidah orang lain. Aspek kedua pula ialah berkait dengan soal
keyakinan yang akan menyelubungi pihak lain untuk menerima dakwah setelah
melihat dakwah itu boleh diterima oleh
orang terdekat dengan baginda. Aspek ini
wajar diambil kira memandangkan Waraqah bin Nawfal pernah memberitahu baginda pada awal
penurunan wahyu bahawa baginda akan diusir oleh kaumnya sendiri pada suatu hari
nanti. Oleh itu penerimaan dakwah ini
oleh orang terdekat baginda boleh memberi jaminan dan kekuatan serta
perlindungan kepada baginda. Secara logiknya, jaminan perlindungan ini hanya
akan diberi oleh orang terdekat dengan baginda sekiranya mereka berpegang
kepada akidah yang sama, walaupun kemudiannya didapati bahawa orang terdekat
yang menawarkan jaminan perlindungan kepada baginda ialah bapa saudaranya Abu
Talib bin ‘Abd al- Muttalib yang sehingga akhir hayatnya tidak menerima dakwah
Islam (Rodziah 2002: 80/154).
II.
Metodologi penyebaran dakwah kepada kaum
kerabat.
Penyebaran dakwah kepada kaum kerabat sudah
berlaku sebelum ini secara sulit. Penyebaran bentuk ini dimulakan selepas
keluarnya arahan baginda seperti yang dimaksudkan oleh ayat 214 surah al-
Shu’ara’ iaitu “ berilah peringatan kepada kaum keluarga kamu yang terdekat”.
Setelah turunnya ayat tersebut, baginda
mula mengundang Bani Hashim dan turut dilaporkan beberapa Bani al- Muttalib bin
Abd Manaf yang turut hadir. Dalam pertemuan ini baginda mengumumkan kepada
hadirin mengenai kedudukan baginda sebagai utusan Allah s.w.t. Baginda juga turut memberitahu mengenai
pembalasan yang akan diterima oleh manusia sesuai dengan amalan yang dilakukan.
Selain itu, baginda turut menyentuh
mengenai syurga dan neraka yang kekal abadi.
Pada ketika inilah, Abu Talib bin
‘Abd Muttalib menyatakan bahawa kaum Qurasyh tidak akan menerima dan membantu
baginda. Namun, dalam masa yang sama
juga turut menegaskan bahawa beliau sendiri yang akan menjadi orang pertama
yang menyokong apa yang akan baginda perkatakan malah beliau juga berjanji akan
melindungi baginda. Melihat kepada
bentuk sokongan daripada Abu Talib itu, jelas sekali menunjukkan bahawa baginda
boleh mencapai hasilnya.
III.
Metodologi penyebaran dakwah secara terang-
terangan kepada seluruh penduduk Mekah
Metodologi penyebaran berbentuk terang-
terangan ini disandarkan kepada firman Allah s.w.t yang difahami dari maksud
ayat 94 surah al- Hijr iaitu ‘sebarkanlah apa yang diperintahkan kepada
kaum dan jangan kamu takut dengan
tentangan orang- orang mushrikin’. Ekoran turunnya ayat ini, baginda mula
bangkit menyerang pelbagai khurafat dan syirik serta mula menyentuh kedudukan
berhala yang sama sekali tidak mempunyai nilai. Pada masa yang sama juga,
baginda turut menjelaskan bahawa orang yang menjadikan berhala sebagai sembahan
dan menjadikannya sebagai perantaraan antara meraka dengan Allah, maka mereka
adalah termasuk dalam golongan yang berada dalam kesesatan. Tindakan baginda
ini telah mengundang rasa marah kepada pihak Qurasyh. Ini kerana mereka
menganggapnya sebagai satu penghinaan sehingga mendorong mereka untuk melakukan
penentangan kepada dakwah baginda.
IV.
Metodologi penyebaran dakwah sebagai satu
tanggungjawab bersama
Nabi Muhammad s.a.w turut menggunakan Metodologi
penyebaran dakwah sebagai tanggungjawab bersama. Ini bermakna bahawa tugas
menyebarkan dakwah bukan semata- mata tugas baginda. Sorotan ke atas sejarah
hidup baginda mendapati tugas ini turut digalas oleh sahabatnya iaitu Abu Bakar
al- Siddiq malah dakwah beliau membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan
ramai sahabat seperti yang dilaporkan oleh Ibn Hisham (1997 1: 287-290) ialah
Uthman bin ‘Afan, al- Zubayr bin al- ‘Awwam, ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf, Sa’d bin
Abi Waqqas, Talhah bin ‘Ubaydillah, Abu ‘Ubaydah, Abu Salamah, al- Arqam,
’Uthman bin Maz’un, Qudamah bin Maz’un , Asma’ binti Abu Bakar dan Sa’id bin
Zayd.
Usaha Abu Bakar menunjukkan tanggungjawab
semua muslim untuk sama- sama menyebarkan dakwah adalah penting biarpun tidak
mengalas gelaran utusan Allah s.w.t.
Dari aspek lain, tindakan Nabi Muhammad
tidak pernah menghalang usaha Abu Bakar menyebarkan dakwah . Hal ini
menjadi bukti bahawa sesiapa sahaja yang bergelar Muslim boleh menyebarkan
dakwah tersebut.
V.
Metodologi dakwah kepada pemerintah atau orang
yang dihormati
Walaupun kebanyakan penganut awal Islam
terdiri daripada golongan muda, tua, lemah dan tidak berpengaruh, ini tidak
bermakna Nabi Muhammad hanya menumpukan usaha penyebaran terhadap golongan
tersebut sahaja. Ini terbukti apabila baginda cuba menyebarkan dakwah ke Ta’if.
Ketika itu, baginda menggunakan Metodologi
penyebaran dakwah kepada pemerintah atau golongan yang dihormati dalam sesebuah
masyarakat sebelum memanjangkannya kepada rakyat jelata. Antara ketua atau orang yang dihormati yang
pernah baginda hubungi untuk menyebarkan dakwah Islam ialah ‘Abd Ya Layl,
Mas’ud dan juga Habib bin ‘Amru bin ‘Umayr. Kesemua mereka terdiri daripada Bani Thaqif di
Ta’if (Muhammad Abu Shuhbah 1992 1:401). Sekiranya mereka menerima dakwah
tersebut, maka mudahlah urusan untuk menyebarkan dakwah kepada anggota
masyarakat mereka yang lain. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya menolak seruan
dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
4.0 METODOLOGI
DAKWAH NABI MUHAMMAD DI MADINAH
Jika
di Makkah, metodologi dakwah berkisarkan metodologi dakwah secara sulit,
terang- terangan kepada kaum kerabat, seterusnya dakwah secara terangan kepada
penduduk Mekah dan penyebaran dakwah sebagai satu tanggungjawab serta berdakwah
kepada pemerintah atau golongan yang dihormati manakala di Madinah berbeza metodologinya
walaupun terdapat juga beberapa metodologi dakwah di Makkah digunakan. Hal ini
kerana perlu bersesuaian dengan keperluan dan situasi semasa.
Antara metodologi dakwah yang digunakan oleh
Nabi Muhammad di Madinah ialah:
I.
Metodologi dakwah menerusi perkahwinan.
Perkahwinan menjadi salah satu metodologi dakwah di Madinah dan ini
bermakna melalui perkahwinan baginda menyebarkan dakwah. Metodologi menerusi perkahwinan boleh dibuktikan dengan
perkahwinan baginda dengan Juwayriyah binti Harith. Juwayriyah ialah anak
kepada pemimpin Bani al- Mustaliq iaitu al- Harith bin Datar. Golongan ini
termasuk dalam golongan Mushrik selepas mereka menolak seruan Islam yang diseru
oleh ‘Umar bin al- Khattab. Perkahwinan antara baginda dengan Juwayriyah ini berlaku selepas peperangan antara umat
Islam dengan Bani Mustaliq yang tercetus di al-Murasyi pada bulan Sha’ban tahun
ke- 5 Hijrah. Ekoran kemenangan pihak Islam, maka ramai
daripada Bani Mustaliq menjadi tawanan perang. Hal ini termasuk Juwayriyah
sendiri.
Maka dengan ini, baginda mengambil keputusan untuk membebaskan Juwayriyah
dan kemudiannya mengahwininya (al-Baladhuri 1961 1: 423). Kemudiannya ramai orang Bani Mustaliq menerima
Islam selepas berlakunya perkahwinan itu. Perkara ini juga berlaku kerana Bani
al- Mustaliq melihat kesediaan baginda mengambil puteri kepada pemimpin mereka
sebagai isteri walaupun Bani itu pada asalnya menolak Islam dan memerangi
baginda.
II.
Metodologi dakwah menerusi penghantaran surat
dan utusan.
Selain itu, metodologi dakwah yang diaplikasikan di Madinah ialah metodologi
dakwah menerusi penghantaran surat dan utusan di mana baginda menghantar surat
kepada pemerintah atau pembesar negara. Ibn
Sa’d (1960 1: 258-263) melaporkan bahawa
baginda pernah menghantar surat dan utusan untuk menyeru kepada Islam. Antaranya ialah kepada al- Najjashi iaitu
pemerintah Habsyah, Kisra di Parsi, Herculaes di Rom, Jayfar bin al-Julana
iaitu pemerintah Oman, al- Muqawqis iaitu pembesar Mesir, al- Harith bin Abu
Shamir iaitu penguasa Rom di Damsyik dan al- Mundhir bin Sawa iaitu pemerintah
Bahrain. Setiap utusan diberi surat
untuk disampaikan kepada pemerintah yang ditetapkan. Kandungan surat ini ialah seruan kepada Islam.
Al- Buti ( 1997 3: 532) mengemukakan
satu contoh surat iaitu yang dikirim kepada Hercules menerusi perantaraan
Dihyah bin Khalifah al- Kalbi. Kandungan
surat itu jelas mengajak mereka kepada Islam.
III.
Metodologi dakwah kepada pemerintah atau
golongan yang dihormati.
Metodologi sebegini pernah diguna pakai di Makkah sebelum ini dan di
Madinah, metodologi ini masih diamalkan. Kewajarannya cukup mudah apabila pemimpin itu
menerima Islam, maka urusan pengislaman rakyat akan menjadi lebih mudah. Antara pemimpin yang dihubungi oleh baginda
untuk menyebarkan dakwah Islamiyah ialah al- Najjashi iaitu pemerintah Habsyah.
Hasilnya juga membanggakan apabila al-
Najjashi telah menerima seruan Islam tersebut yang diseru oleh wakil baginda
iaitu ‘Amru bin Umayyah. Penerimaan al-
Najjashi terhadap dakwah Islam tidak sukar diramalkan kerana Habsyah mempunyai
hubungan yang baik dengan orang Islam. Hubungan
yang berlaku seawal bulan Rejab tahun ke-5 kenabian yang menyaksikan sekumpulan
umat Islam berhijrah ke Habsyah setelah diizinkan baginda apabila melihat
ancaman pihak Quraysh ke atas mereka semakin memuncak.
Antara pemimpin lain yang dihubungi oleh baginda ialah al- Mundhir bin Sawa
iaitu pemerintah Bahrain yang turut menerima seruan Islam. Malah beliau turut mengajak rakyatnya agar
sama- sama menerima seruan tersebut tetapi hanya segelintir sahaja yang
menerima seruan tersebut (Sa’d 1960 1: 263). Walau bagaimanapun, setiap yang berlaku itu
sudah membuktikan bahawa pengislaman terhadap pemerintah sedikit sebanyak akan
mempengaruhi rakyat jelata untuk turut sama menerima seruan ini.
5.0 HIKMAH
DAKWAH NABI MUHAMMAD
5.1 Hikmah
Dakwah Secara Sulit
Antara hikmah Rasulullah menjalankan dakwah
secara sulit selama 3 tahun ialah agar ajaran Islam dapat diterima dan
disampaikan dengan selamat tanpa ada gangguan.
Hal ini kerana, bilangan penganut agama Islam ketika itu masih lagi
sedikit. Jika Allah memerintahkan agar
melakukan dakwah secara terang-terangan sejak hari pertama, nescaya Rasulullah
akan melakukannya sekalipun terpaksa berhadapan dengan kematian tetapi Allah
s.w.t. memberikan ilham kepadanya dan ilham kepada seorang nabi adalah bagaikan
wahyu kepadanya agar memulakan dakwah pada peringkat permulaan secara
tersembunyi dan rahsia dan agar tidak menyampaikan kecuali kepada yang diyakini
akan menerimanya.
Pengajarannya ini juga kepada para da’i
selepasnya agar membuat perancangan secara cermat dan menyediakan
kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk mencapai sasaran dan tujuan
dakwah. Daripada ini kita dapat
perhatikan bahawa cara Rasulullah berdakwah pada peringkat permulaan ini
menggunakan politik syariah darinya sebagai imam, bukan termasuk tugas-tugas
tablighnya dari Allah sebagai nabi.
Berdasarkan perkara ini, maka para pemimpin dakwah islamiah pada setiap
masa boleh menggunakan kelonggaran dalam cara berdakwah, dari aspek tersembunyi
atau secara terang-terangan atau lemah lembut atau kekuatan, sesuai dengan
situasi dan tuntutan semasa. Kelonggaran
yang ditentukan oleh syariat Islam berdasarkan reality perjalanan hidup
Rasulullah s.a.w. sesuai dengan tahap yang disebutkan dengan mempertimbangkan
kemaslahatan umat Islam dan dakwah Islamiah.
Oleh sebab itu, majority ulama fiqh bersepakat
mengatakan bahawa jika jumlah kaum muslimin sedikit atau keadaan mereka lemah, maka
dalam keadaan ini mereka perlu mendahulukan kemaslahatan menyelamatkan jiwa
kerana kemaslahatan menjaga agama. Hal
ini sekali gus dapat menghindari penentangan terbuka dari pihak Quraisy. Di samping itu juga, dakwah secara sulit ini
akan dapat mengelakkan kejutan kepada masyarakat Arab yang mengamalkan
kepercayaan dan amalan tradisi nenek moyang mereka. Hal ini kerana ajaran yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w. amat bertentangan dengan amalan biasa masyarakat Arab ketika
itu yang mana mereka bebas untuk melakukan penindasan terhadap hamba, minum
arak, riba dan menyembah berhala. Dakwah
secara sulit ini juga adalah selaras dengan strategi dakwah yang berhikmah
(Johari 2008 : 96).
5.2 Hikmah
Dakwah Secara Terang-terangan
Walaupun dakwah secara terang-terangan yang
dilakukan oleh Rasulullah ini mendapat tentangan yang hebat dari musyrikin
Makkah, namun jika dilihat dari sudut positif, ia langsung menunjukkan bahawa
umat Islam berani untuk menegakkan kebenaran.
Mereka tidak lagi gusar dengan ancaman-ancaman yang diberikan kepada
mereka walaupun mati dibunuh sekalipun.
Sebagai contohnya, Abu Jahal dan konco-konconya sering mengangggu
Rasulullah dan mengancam untuk membunuh baginda. Selain itu, dengan adanya dakwah secara terang-ternagan
ini telah menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin dari kabilah Arab memeluk
Islam. Dengan adanya penglibatan
orang-orang yang berpengaruh seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab dan ramai lagi pemimpin yang
lainya, maka aqidah umat Islam semakin bertambah mantap.
Mereka tidak lagi gusar untuk melakukan amal
ibadat serta berdakwah ke jalan Allah.
Bilangan pengikut Nabi Muhammad juga bertambah walaupun majoritinya
dianggap golongan yang lemah. Namun,
dengan Metodologi yang Nabi gunakan itu, semakin hari semakin ramai
pembesar-pembesar kabilah Arab telah memeluk Islam. Oleh itu, agama Islam tersebar dengan luas
dan umat Islam juga bebas menyebarkan dakwah Islam dalam masyarakat (Johari
2008 : 102)
6.0 KESIMPULAN
Perkataan atau
ucapan menyeru manusia kepada Allah adalah satu amalan yang terbaik dan mulia. Tugas
suci ini telah dilaksanakan oleh rasul- rasul Allah semenjak mula manusia
diciptakan. Semua mereka menyeru ke
jalan Allah, jalan yang benar dan melarang manusia dari perbuatan yang keji dan
mungkar. Segala perbuatan yang
bertentangan dengan syarak disebarkan kepada masyarakat dalam usaha menyebarkan
dakwah.
Usaha menyeru manusia ke jalan Allah bukanlah
satu pekerjaan yang mudah bahkan memerlukan pengorbanan segalanya, baik tenaga,
harta benda dan nyawa sekalipun. Secara keseluruhannya, perjalanan Rasulullah
s.a.w menjelaskan kepada kita bahawa golongan awal yang memeluk Islam adalah
golongan yang lemah, golongan fakir dan hamba dan kemuliaan dakwah ini akhirnya
mewujudkan kesatuan di kalangan Arab, kesatuan semua manusia dan keadilan
sosial. Dakwah Islam memainkan peranan
penting dalam kehidupan manusia kerana ia berjaya membebaskan jiwa manusia
daripada kekarutan dan khurafat, pengabdian dan perhambaan dan kerosakan dan
keburukan.
7.0 RUJUKAN
Al-Quran
Al- Buti, Muhammad Sa’id Ramadhan. 1997. Fiqh Sirah.
Terj. Mohd Yusuf Ismail. Shah Alam:
Dewan Pustaka Fajar.
Ibn Hisyam, Muhammad ‘Abd Malik. 1997. al-Sirah al-
Nabawiyyah. Beirut: Dar Ihya’ al- Turath
al-‘Arab.
Ibn Sa’d, Muhammad. 1960. al- Tabaqat al- Kubra.
Beirut: Dar Sadir
Johari Yaman. 2008. Mengenali Rasulullah
S.A.W. Rawang : Nadi Minda Resources
Muhammad Abu Shuhbah, Muhammad. 1992. al-Sirah al-
Nabawiyyah Fi Daw’ al- Quran Wa
al- Sunnah. Damsyik: Dar al- Qalam.
Rodziah Sidik. 2002. Dakwah Nabi Muhammad S.A.W Di
Makkah. Dlm Wan Kamal Majani et
al. Fiqh Sirah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sulaiman Ibrahim, Ahmad Asnawi Hj. Hassan,
Berhanuddin Abdullah & Fariza Md. Sham. 2001. PY1222 Metodologi Dakwah.
Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


