Thursday, 11 April 2013

AYAH DAN IBU....




dan hendaklah Engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, Dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Surah al-Isra' ayat 24

Tuan Juni bin Jukong dan Puan Hajijah binti Yusof


Inilah cinta hati saya.. My Dad is my Hero... and My Mom is my Love...

Miss both of them...


Antara Dua Cinta


Antara Dua Cinta - Raihan

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh





teman.. pimpinlah tanganku... untuk sama-sama ke syurga yang abadi..

Saturday, 30 March 2013

Metodologi Da'wah Nabi Muhammad


1.0       PENDAHULUAN
Nabi Muhammad sallahu alaihi wassalam (s.a.w)  merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan oleh Allah subhanahu wa ta'ala (s.w.t.)  kepada umat manusia.  Tanggal 12 Rabiul Awwal bersamaan 20 April 571M, lahirlah seorang bayi yang yang diutuskan untuk menjadi pesuruh Allah.  Sebagai rasul yang terakhir, antara tugas-tugas baginda ialah menyeru umat manusia agar mentauhidkan Allah s.w.t.  baginda juga menyeru kepada umatnya agar sentiasa melakukan kebaikan serta melarang untuk melakukan keburukan yang ditetapkan oleh syariat Islam.  Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan oleh Allah sebagai rasul untuk menyampaikan dakwah islamiah dan risalah Allah yang ketika itu masyarakat berada dalam kerosakan dan kegelapan. Dakwah Nabi Muhammad juga bukan timbul dari pemikiran manusia, tetapi ia adalah wahyu dari Allah yang tidak mengandungi kesilapan, khayalan, dan kesesatan walau sedikit pun.  Sumber dakwah Nabi Muhammad adalah al-Quran yang diwahyukan oleh Allah secara berperingkat iaitu selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.  Firman  Allah s.w.t. dalam surah al-A’raf ayat 158 :
ö@è% $ygƒr'¯»tƒ ÚZ$¨Z9$# ÎoTÎ) ãAqßu «!$# öNà6ös9Î) $·èŠÏHsd Ï%©!$# ¼çms9 ہù=ãB ÏNºuq»yJ¡¡9$# ÇÚöF{$#ur ( Iw tm»s9Î) žwÎ) uqèd ¾ÇósムàMÏJãƒur ( (#qãYÏB$t«sù «!$$Î/ Ï&Î!qßuur ÄcÓÉ<¨Y9$# ÇcÍhGW{$# Ï%©!$# ÚÆÏB÷sム«!$$Î/ ¾ÏmÏG»yJÎ=Ÿ2ur çnqãèÎ7¨?$#ur öNà6¯=yès9 šcrßtGôgs? ÇÊÎÑÈ  
 Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Aku adalah pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) Yang Menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; Yang menghidupkan dan mematikan. oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah Dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk".


Islam yang tersebar luas dinihari ialah hasil usaha yang jitu daripada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pembawa agama Islam kepada umatnya, yang mana telah disebarkan juga oleh para sahabat, tabi’ dan tabi’in dan ulama selepasnya.  Kejayaan yang dicapai oleh Nabi Muhammad s.a.w. telah juga melalui pelbagai halangan dan cabaran.  Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai metodologi dakwah Nabi Muhammad s.a.w. yang telah melalui dua peringkat iaitu dakwah secara sulit atau rahsia dan dakwah secara terang-terangan.  Seterusnya akan dikupas juga Metodologi dan bentuk yang Nabi Muhammad s.a.w. lakukan sepanjang peringkat dakwah dijalankan.  Selain itu, dibincangkan juga mengenai hikmah-hikmah yang terdapat melalui dakwah Rasulullah s.a.w. sama ada di Makkah ataupun Madinah. 


2.0       PERINGKAT DAKWAH NABI MUHAMMAD
2.1       Dakwah Secara Rahsia
Apabila Nabi Muhammad s.a.w. mencapai usia 40 tahun, Allah mengutuskan baginda sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi amaran.  Hal ini dilakukan untuk mengalihkan manusia daripada kegelapan kejahilan kepada cahaya ilmu.  Peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum Hijrah bersamaan dengan Julai 610M.  Dakwah di Makkah dimulakan oleh baginda secara rahsia.  Orang pertama yang menerima dakwah baginda ialah isteri baginda sendiri, iaitu Khadijah binti Khuwailid dan sepupu baginda iaitu Ali bin Abu Thalib.  Kemudiannya dakwah Rasulullah juga disahut oleh Zaid bin Harithat bin Syahrabil al-Kalbi iaitu hamba yang dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w.  Ummu Aiman yang juga isteri kepada Zaid bin Harithat juga menyahut seruan dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.  Abu Bakar bin Abu Quhafah bin Amir bin Amru merupakan sahabat atau golongan bukan dari keluarga baginda yang telah menyahut seruan dakwah baginda. 
            Pada masa itu, penyebaran dakwah dilakukan secara rahsia, kerana bimbang berlaku kejutan dalam kalangan orang-orang Arab sehingga mereka sukar untuk menerimanya.  Rasulullah s.a.w. hanya akan menyeru sesiapa yang dipercayainya sahaja.  Begitu juga kepada Abu Bakar yang juga membantu baginda menyeru dakwah Islam kepada sahabat yang dipercayainya sahaja.  Dakwah ketika di Makkah ini dimulakan di rumah baginda sendiri.  Kemudian pada tahun 610 M, dakwah juga dilakukan di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam sebagaimana ini juga merupakan pusat pengajian Islam yang pertama dalam Islam.  Antara metodologi yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. ialah Baginda terus membaca ayat-ayat yang diwahyukan kepada Baginda dan menjelaskan maksud ayat-ayat tersebut kepada pengikutnya supaya dapat dihayati dan difahami sepenuhnya.  Di samping itu, Baginda juga membimbing mereka menghafal ayat-ayat tersebut serta menyuruh mereka menulisnya.  Seterusnya Baginda juga menunjukkan kepada meraka bagaimana pula cara mengamalkan dan menghayati segala pengajaran ayat-ayat itu.  Selain itu, Rasulullah S.A.W. juga mendidik mereka dengan rasa kasih sayang dan mesra.  Namun demikian, dakwah Islam pada ketika ini adalah secara rahsia dan berjalan selama tiga tahun.  Orang-orang Islam yang ingin melakukan ibadat akan pergi ke lereng-lereng bukit di sekitar Makkah untuk mengerjakan solat secara tersembunyi.  Rasulullah sendiri juga tidak menyampaikan dakwah di tempat-tempat umum kerana masih bimbangkan fahaman kaum Quraisy yang sempit. 

2.2       Dakwah Secara Terang-Terangan
Selama tiga tahun menyebarkan dakwah Islam secara rahsia, Allah telah menurunkan wahyu yang seterusnya untuk baginda menyebarkan dakwah secara terang-terangan kepada orang ramai.  firmanNya dalam Surah al-Hijr ayat 94 :
÷íyô¹$$sù $yJÎ/ ãtB÷sè? óÚ̍ôãr&ur Ç`tã tûüÏ.ÎŽô³ßJø9$# ÇÒÍÈ
“oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”
Selepas penurunan ayat ini, Rasulullah s.a.w. mengubah cara berdakwah secara rahsia kepada berdakwah secara terang-terangan.  Ini dilakukan kerana mengikut perintah Allah s.w.t. dan meyakini janji-Nya serta pertolongan-Nya.  Lalu, baginda mendaki bukit Shafa dan menyeru kepada semua penduduk Makkah ketika itu.  Mendengar seruan ini, apabila seseorang tidak dapat menghadirkan diri, maka dia akan menghantar wakilnya untuk mengetahui apakah yang berlaku.  Namun setelah baginda menyampaikan dakwahnya secara terang-terangan, orang-orang Quraisy menghina dan mengejek baginda di perhimpunan-perhimpunan mereka.  Walaupun dihina, nabi Muhammad tetap juga berdakwah kepada mereka.  Oleh itu, mereka mengadakan perjumpaan dengan bapa saudara nabi iaitu Abu Thalib dan namun jawapan yang Abu Thalib berikan telah menghampakan pihak Quraisy walaupun beliau sendiri tidak memeluk Islam namun beliau tetap mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w.

3.0       METODOLOGI DAKWAH NABI MUHAMMAD DI MAKKAH
Dakwah Nabi Muhammad  s.a.w  bertitik tolak kepada arahan yang difahami daripada ayat 1-5 surah al- Muddaththir di dalam al-Quran yang bermaksud:
“ Wahai orang yang berselimut, bangunlah dan berilah peringatan, dan Tuhanmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihlah, dan perbuatan dosa tinggallah”. 
Ayat ini memberi arahan agar baginda untuk memberi peringatan tentang hari akhirat, menyeru ke arah mentauhidkan Allah, mengagungkanNya dan menyembahNya serta tidak menyekutukanNya (Muhammad Abu Shuhbah 1992 1: 280, Rodziah 2002: 79).  Menyedari hakikat bahawa berdakwah  tentunya memerlukan kepada Metodologi tertentu bagi memastikan ia mudah diterima oleh orang ramai, maka Nabi Muhammad s.a.w mengambil langkah menyesuaikan situasi semasa ketika penyebaran dakwah itu berlaku.
Antara Metodologi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam berdakwah di Mekah ialah:

I.                  Metodologi penyebaran dakwah secara sulit
Dorongan untuk menyebarkan dakwah secara sulit pastinya terletak kepada situasi semasa dalam masyarakat Mekah ketika itu.  Masyarakat Quraysh Mekah rata- ratanya menyembah berhala yang mereka cipta sendiri.  Selain itu, ada juga segelintir daripada mereka yang menyembah jin, malaikat dan roh orang yang sudah mati.  Anutan ini sudah diwarisi sejak turun – temurun.  Anutan ini juga ternyata bertentangan sama sekali dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang menekankan kepada mentauhidkan Allah s.w.t dan pada masa yang sama turut menafikan sebarang bentuk penyembahan kepada makhluk lain.  Melihat kepada pertentangan antara dua kepercayaan iaitu kepercayaan yang sedang diamalkan oleh masyarakat pada masa itu dan kepercayaan yang cuba dibawa oleh baginda, maka baginda perlu memilih langkah bijak dan terbaik bagi mengelak berlakunya kejutan ke atas masyarakat Mekah.  Selain untuk mengelak kejutan, langkah bijaksana juga perlu diambil memandangkan penerimaan masyarakat Quraysh terhadap dakwah yang bakal disampaikan agak sukar untuk diramalkan.

Dalam melaksanakan penyebaran dakwah secara sulit ini, usaha baginda sudah pastinya tertumpu kepada ahli keluarga baginda dan sahabat.  Tumpuan kepada pihak ini merupakan orang yang terdekat dengan baginda pastinya mempunyai kewajaran tersendiri. Ini penting bagi menjamin kejayaan dakwah tersebut di masa depan. Kepentingan boleh dilihat dari dua aspek. Aspek pertama melibatkan proses membetulkan pegangan orang terdekat baginda terlebih dahulu sebelum membetulkan pegangan akidah orang lain. Aspek kedua pula ialah berkait dengan soal keyakinan yang akan menyelubungi pihak lain untuk menerima dakwah setelah melihat dakwah itu boleh diterima  oleh orang terdekat dengan baginda.  Aspek ini wajar diambil kira memandangkan Waraqah bin Nawfal  pernah memberitahu baginda pada awal penurunan wahyu bahawa baginda akan diusir oleh kaumnya sendiri pada suatu hari nanti.   Oleh itu penerimaan dakwah ini oleh orang terdekat baginda boleh memberi jaminan dan kekuatan serta perlindungan kepada baginda. Secara logiknya, jaminan perlindungan ini hanya akan diberi oleh orang terdekat dengan baginda sekiranya mereka berpegang kepada akidah yang sama, walaupun kemudiannya didapati bahawa orang terdekat yang menawarkan jaminan perlindungan kepada baginda ialah bapa saudaranya Abu Talib bin ‘Abd al- Muttalib yang sehingga akhir hayatnya tidak menerima dakwah Islam (Rodziah 2002: 80/154).




II.            Metodologi penyebaran dakwah kepada kaum kerabat.
Penyebaran dakwah kepada kaum kerabat sudah berlaku sebelum ini secara sulit. Penyebaran bentuk ini dimulakan selepas keluarnya arahan baginda seperti yang dimaksudkan oleh ayat 214 surah al- Shu’ara’ iaitu “ berilah peringatan kepada kaum keluarga kamu yang terdekat”.  Setelah turunnya ayat tersebut, baginda mula mengundang Bani Hashim dan turut dilaporkan beberapa Bani al- Muttalib bin Abd Manaf  yang turut hadir.  Dalam pertemuan ini baginda mengumumkan kepada hadirin mengenai kedudukan baginda sebagai utusan Allah s.w.t.  Baginda juga turut memberitahu mengenai pembalasan yang akan diterima oleh manusia sesuai dengan amalan yang dilakukan.  Selain itu, baginda turut menyentuh mengenai syurga dan neraka yang kekal abadi.   Pada ketika inilah, Abu Talib bin ‘Abd Muttalib menyatakan bahawa kaum Qurasyh tidak akan menerima dan membantu baginda.  Namun, dalam masa yang sama juga turut menegaskan bahawa beliau sendiri yang akan menjadi orang pertama yang menyokong apa yang akan baginda perkatakan malah beliau juga berjanji akan melindungi baginda.  Melihat kepada bentuk sokongan daripada Abu Talib itu, jelas sekali menunjukkan bahawa baginda boleh mencapai hasilnya.


III.            Metodologi penyebaran dakwah secara terang- terangan kepada seluruh penduduk Mekah
Metodologi penyebaran berbentuk terang- terangan ini disandarkan kepada firman Allah s.w.t yang difahami dari maksud ayat 94 surah al- Hijr iaitu ‘sebarkanlah apa yang diperintahkan kepada kaum  dan jangan kamu takut dengan tentangan orang- orang mushrikin’. Ekoran turunnya ayat ini, baginda mula bangkit menyerang pelbagai khurafat dan syirik serta mula menyentuh kedudukan berhala yang sama sekali tidak mempunyai nilai. Pada masa yang sama juga, baginda turut menjelaskan bahawa orang yang menjadikan berhala sebagai sembahan dan menjadikannya sebagai perantaraan antara meraka dengan Allah, maka mereka adalah termasuk dalam golongan yang berada dalam kesesatan. Tindakan baginda ini telah mengundang rasa marah kepada pihak Qurasyh. Ini kerana mereka menganggapnya sebagai satu penghinaan sehingga mendorong mereka untuk melakukan penentangan kepada dakwah baginda.

IV.            Metodologi penyebaran dakwah sebagai satu tanggungjawab bersama
Nabi Muhammad s.a.w turut menggunakan Metodologi penyebaran dakwah sebagai tanggungjawab bersama. Ini bermakna bahawa tugas menyebarkan dakwah bukan semata- mata tugas baginda. Sorotan ke atas sejarah hidup baginda mendapati tugas ini turut digalas oleh sahabatnya iaitu Abu Bakar al- Siddiq malah dakwah beliau membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai sahabat seperti yang dilaporkan oleh Ibn Hisham (1997 1: 287-290) ialah Uthman bin ‘Afan, al- Zubayr bin al- ‘Awwam, ‘Abd al-Rahman bin ‘Awf, Sa’d bin Abi Waqqas, Talhah bin ‘Ubaydillah, Abu ‘Ubaydah, Abu Salamah, al- Arqam, ’Uthman bin Maz’un, Qudamah bin Maz’un , Asma’ binti Abu Bakar dan Sa’id bin Zayd.

Usaha Abu Bakar menunjukkan tanggungjawab semua muslim untuk sama- sama menyebarkan dakwah adalah penting biarpun tidak mengalas gelaran utusan Allah s.w.t.  Dari aspek lain, tindakan Nabi Muhammad  tidak pernah menghalang usaha Abu Bakar menyebarkan dakwah . Hal ini menjadi bukti bahawa sesiapa sahaja yang bergelar Muslim boleh menyebarkan dakwah tersebut.

V.            Metodologi dakwah kepada pemerintah atau orang yang dihormati
Walaupun kebanyakan penganut awal Islam terdiri daripada golongan muda, tua, lemah dan tidak berpengaruh, ini tidak bermakna Nabi Muhammad hanya menumpukan usaha penyebaran terhadap golongan tersebut sahaja. Ini terbukti apabila baginda cuba menyebarkan dakwah ke Ta’if.  Ketika itu, baginda menggunakan Metodologi penyebaran dakwah kepada pemerintah atau golongan yang dihormati dalam sesebuah masyarakat sebelum memanjangkannya kepada rakyat jelata.  Antara ketua atau orang yang dihormati yang pernah baginda hubungi untuk menyebarkan dakwah Islam ialah ‘Abd Ya Layl, Mas’ud dan juga Habib bin ‘Amru bin ‘Umayr.  Kesemua mereka terdiri daripada Bani Thaqif di Ta’if (Muhammad Abu Shuhbah 1992 1:401). Sekiranya mereka menerima dakwah tersebut, maka mudahlah urusan untuk menyebarkan dakwah kepada anggota masyarakat mereka yang lain. Walau bagaimanapun, mereka akhirnya menolak seruan dakwah Nabi Muhammad s.a.w.
4.0       METODOLOGI DAKWAH NABI MUHAMMAD DI MADINAH

   Jika di Makkah, metodologi dakwah berkisarkan metodologi dakwah secara sulit, terang- terangan kepada kaum kerabat, seterusnya dakwah secara terangan kepada penduduk Mekah dan penyebaran dakwah sebagai satu tanggungjawab serta berdakwah kepada pemerintah atau golongan yang dihormati manakala di Madinah berbeza metodologinya walaupun terdapat juga beberapa metodologi dakwah di Makkah digunakan. Hal ini kerana perlu bersesuaian dengan keperluan dan situasi semasa.
Antara metodologi dakwah yang digunakan oleh Nabi Muhammad di Madinah ialah:

       I.            Metodologi dakwah menerusi perkahwinan.
Perkahwinan menjadi salah satu metodologi dakwah di Madinah dan ini bermakna melalui perkahwinan baginda menyebarkan dakwah. Metodologi  menerusi perkahwinan boleh dibuktikan dengan perkahwinan baginda dengan Juwayriyah binti Harith. Juwayriyah ialah anak kepada pemimpin Bani al- Mustaliq iaitu al- Harith bin Datar. Golongan ini termasuk dalam golongan Mushrik selepas mereka menolak seruan Islam yang diseru oleh ‘Umar bin al- Khattab.  Perkahwinan  antara baginda dengan Juwayriyah  ini berlaku selepas peperangan antara umat Islam dengan Bani Mustaliq yang tercetus di al-Murasyi pada bulan Sha’ban tahun ke- 5  Hijrah.  Ekoran kemenangan pihak Islam, maka ramai daripada Bani Mustaliq menjadi tawanan perang. Hal ini termasuk Juwayriyah sendiri.

Maka dengan ini, baginda mengambil keputusan untuk membebaskan Juwayriyah dan kemudiannya mengahwininya (al-Baladhuri 1961 1: 423).  Kemudiannya ramai orang Bani Mustaliq menerima Islam selepas berlakunya perkahwinan itu. Perkara ini juga berlaku kerana Bani al- Mustaliq melihat kesediaan baginda mengambil puteri kepada pemimpin mereka sebagai isteri walaupun Bani itu pada asalnya menolak Islam dan memerangi baginda.

    II.            Metodologi dakwah menerusi penghantaran surat dan utusan.
Selain itu, metodologi dakwah yang diaplikasikan di Madinah ialah metodologi dakwah menerusi penghantaran surat dan utusan di mana baginda menghantar surat kepada pemerintah atau pembesar negara.  Ibn Sa’d (1960  1: 258-263) melaporkan bahawa baginda pernah menghantar surat dan utusan untuk menyeru kepada Islam.  Antaranya ialah kepada al- Najjashi iaitu pemerintah Habsyah, Kisra di Parsi, Herculaes di Rom, Jayfar bin al-Julana iaitu pemerintah Oman, al- Muqawqis iaitu pembesar Mesir, al- Harith bin Abu Shamir iaitu penguasa Rom di Damsyik dan al- Mundhir bin Sawa iaitu pemerintah Bahrain.  Setiap utusan diberi surat untuk disampaikan kepada pemerintah yang ditetapkan.  Kandungan surat ini ialah seruan kepada Islam.  Al- Buti ( 1997 3: 532) mengemukakan satu contoh surat iaitu yang dikirim kepada Hercules menerusi perantaraan Dihyah bin Khalifah al- Kalbi.  Kandungan surat itu jelas mengajak mereka kepada Islam.

 III.            Metodologi dakwah kepada pemerintah atau golongan yang dihormati.
Metodologi sebegini pernah diguna pakai di Makkah sebelum ini dan di Madinah, metodologi ini masih diamalkan.  Kewajarannya cukup mudah apabila pemimpin itu menerima Islam, maka urusan pengislaman rakyat akan menjadi lebih mudah.  Antara pemimpin yang dihubungi oleh baginda untuk menyebarkan dakwah Islamiyah ialah al- Najjashi iaitu pemerintah Habsyah.  Hasilnya juga membanggakan apabila al- Najjashi telah menerima seruan Islam tersebut yang diseru oleh wakil baginda iaitu ‘Amru bin Umayyah.  Penerimaan al- Najjashi terhadap dakwah Islam tidak sukar diramalkan kerana Habsyah mempunyai hubungan yang baik dengan orang Islam.  Hubungan yang berlaku seawal bulan Rejab tahun ke-5 kenabian yang menyaksikan sekumpulan umat Islam berhijrah ke Habsyah setelah diizinkan baginda apabila melihat ancaman pihak Quraysh ke atas mereka semakin memuncak.

Antara pemimpin lain yang dihubungi oleh baginda ialah al- Mundhir bin Sawa iaitu pemerintah Bahrain yang turut menerima seruan Islam.  Malah beliau turut mengajak rakyatnya agar sama- sama menerima seruan tersebut tetapi hanya segelintir sahaja yang menerima seruan tersebut (Sa’d 1960 1: 263).  Walau bagaimanapun, setiap yang berlaku itu sudah membuktikan bahawa pengislaman terhadap pemerintah sedikit sebanyak akan mempengaruhi rakyat jelata untuk turut sama menerima seruan ini.

5.0       HIKMAH DAKWAH NABI MUHAMMAD
5.1       Hikmah Dakwah Secara Sulit
Antara hikmah Rasulullah menjalankan dakwah secara sulit selama 3 tahun ialah agar ajaran Islam dapat diterima dan disampaikan dengan selamat tanpa ada gangguan.  Hal ini kerana, bilangan penganut agama Islam ketika itu masih lagi sedikit.  Jika Allah memerintahkan agar melakukan dakwah secara terang-terangan sejak hari pertama, nescaya Rasulullah akan melakukannya sekalipun terpaksa berhadapan dengan kematian tetapi Allah s.w.t. memberikan ilham kepadanya dan ilham kepada seorang nabi adalah bagaikan wahyu kepadanya agar memulakan dakwah pada peringkat permulaan secara tersembunyi dan rahsia dan agar tidak menyampaikan kecuali kepada yang diyakini akan menerimanya. 
Pengajarannya ini juga kepada para da’i selepasnya agar membuat perancangan secara cermat dan menyediakan kemudahan-kemudahan yang diperlukan untuk mencapai sasaran dan tujuan dakwah.  Daripada ini kita dapat perhatikan bahawa cara Rasulullah berdakwah pada peringkat permulaan ini menggunakan politik syariah darinya sebagai imam, bukan termasuk tugas-tugas tablighnya dari Allah sebagai nabi.  Berdasarkan perkara ini, maka para pemimpin dakwah islamiah pada setiap masa boleh menggunakan kelonggaran dalam cara berdakwah, dari aspek tersembunyi atau secara terang-terangan atau lemah lembut atau kekuatan, sesuai dengan situasi dan tuntutan semasa.  Kelonggaran yang ditentukan oleh syariat Islam berdasarkan reality perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. sesuai dengan tahap yang disebutkan dengan mempertimbangkan kemaslahatan umat Islam dan dakwah Islamiah. 
Oleh sebab itu, majority ulama fiqh bersepakat mengatakan bahawa jika jumlah kaum muslimin sedikit atau keadaan mereka lemah, maka dalam keadaan ini mereka perlu mendahulukan kemaslahatan menyelamatkan jiwa kerana kemaslahatan menjaga agama.  Hal ini sekali gus dapat menghindari penentangan terbuka dari pihak Quraisy.  Di samping itu juga, dakwah secara sulit ini akan dapat mengelakkan kejutan kepada masyarakat Arab yang mengamalkan kepercayaan dan amalan tradisi nenek moyang mereka.  Hal ini kerana ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. amat bertentangan dengan amalan biasa masyarakat Arab ketika itu yang mana mereka bebas untuk melakukan penindasan terhadap hamba, minum arak, riba dan menyembah berhala.  Dakwah secara sulit ini juga adalah selaras dengan strategi dakwah yang berhikmah (Johari 2008 : 96).

5.2       Hikmah Dakwah Secara Terang-terangan
Walaupun dakwah secara terang-terangan yang dilakukan oleh Rasulullah ini mendapat tentangan yang hebat dari musyrikin Makkah, namun jika dilihat dari sudut positif, ia langsung menunjukkan bahawa umat Islam berani untuk menegakkan kebenaran.  Mereka tidak lagi gusar dengan ancaman-ancaman yang diberikan kepada mereka walaupun mati dibunuh sekalipun.  Sebagai contohnya, Abu Jahal dan konco-konconya sering mengangggu Rasulullah dan mengancam untuk membunuh baginda.  Selain itu, dengan adanya dakwah secara terang-ternagan ini telah menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin dari kabilah Arab memeluk Islam.  Dengan adanya penglibatan orang-orang yang berpengaruh seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar  al-Khattab dan ramai lagi pemimpin yang lainya, maka aqidah umat Islam semakin bertambah mantap. 
Mereka tidak lagi gusar untuk melakukan amal ibadat serta berdakwah ke jalan Allah.  Bilangan pengikut Nabi Muhammad juga bertambah walaupun majoritinya dianggap golongan yang lemah.  Namun, dengan Metodologi yang Nabi gunakan itu, semakin hari semakin ramai pembesar-pembesar kabilah Arab telah memeluk Islam.  Oleh itu, agama Islam tersebar dengan luas dan umat Islam juga bebas menyebarkan dakwah Islam dalam masyarakat (Johari 2008 : 102)
           




6.0       KESIMPULAN

 Perkataan atau ucapan menyeru manusia kepada Allah adalah satu amalan yang terbaik dan mulia. Tugas suci ini telah dilaksanakan oleh rasul- rasul Allah semenjak mula manusia diciptakan.  Semua mereka menyeru ke jalan Allah, jalan yang benar dan melarang manusia dari perbuatan yang keji dan mungkar.  Segala perbuatan yang bertentangan dengan syarak disebarkan kepada masyarakat dalam usaha menyebarkan dakwah.

Usaha menyeru manusia ke jalan Allah bukanlah satu pekerjaan yang mudah bahkan memerlukan pengorbanan segalanya, baik tenaga, harta benda  dan nyawa sekalipun.  Secara keseluruhannya, perjalanan Rasulullah s.a.w menjelaskan kepada kita bahawa golongan awal yang memeluk Islam adalah golongan yang lemah, golongan fakir dan hamba dan kemuliaan dakwah ini akhirnya mewujudkan kesatuan di kalangan Arab, kesatuan semua manusia dan keadilan sosial.  Dakwah Islam memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia kerana ia berjaya membebaskan jiwa manusia daripada kekarutan dan khurafat, pengabdian dan perhambaan dan kerosakan dan keburukan.










7.0       RUJUKAN

Al-Quran
Al- Buti, Muhammad Sa’id Ramadhan. 1997. Fiqh Sirah. Terj. Mohd Yusuf Ismail. Shah             Alam: Dewan Pustaka Fajar.
Ibn Hisyam, Muhammad ‘Abd Malik. 1997. al-Sirah al- Nabawiyyah. Beirut: Dar Ihya’ al-           Turath al-‘Arab.
Ibn Sa’d, Muhammad. 1960. al- Tabaqat al- Kubra. Beirut: Dar Sadir
Johari Yaman. 2008. Mengenali Rasulullah S.A.W. Rawang : Nadi Minda Resources
Muhammad Abu Shuhbah, Muhammad. 1992. al-Sirah al- Nabawiyyah Fi Daw’ al- Quran          Wa al- Sunnah. Damsyik: Dar al- Qalam.
Rodziah Sidik. 2002. Dakwah Nabi Muhammad S.A.W Di Makkah. Dlm Wan Kamal Majani        et al. Fiqh Sirah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sulaiman Ibrahim, Ahmad Asnawi Hj. Hassan, Berhanuddin Abdullah & Fariza Md. Sham. 2001. PY1222 Metodologi Dakwah. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.